- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 202 kes, 2 lagi terkorban

Sebanyak 141 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,989,861.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menyeberangi jalan raya di persimpangan lampu isyarat Bukit Bintang pada malam Tahun Baru, 31 Disember 2022.
Orang ramai menyeberangi jalan raya di persimpangan lampu isyarat Bukit Bintang pada malam Tahun Baru, 31 Disember 2022.

Jangkitan harian catat 202 kes, 2 lagi terkorban

Sejumlah 202 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,036,342 kes.

Sebanyak 141 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,989,861.

Ketika ini, 9,539 kes aktif direkodkan di mana 9,135 atau 95.8% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 381 (4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 23 kes dan 12 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dua kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,942 orang.