- Iklan -
Berita

Covid-19: Catat 293 kes baru, 2 maut

Sebanyak 326 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,987,269.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelancong asing bersiar-siar di sekitar Dataran Merdeka sambil diiringi jurupandu dari agensi pelancongan, 11 Januari.
Pelancong asing bersiar-siar di sekitar Dataran Merdeka sambil diiringi jurupandu dari agensi pelancongan, 11 Januari.

Sejumlah 293 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,034,521 kes.

Sebanyak 326 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,987,269.

Ketika ini, 10,320 kes aktif direkodkan di mana 9,942 atau 96.3% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 366 (3.5%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 12 kes dan 10 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dua kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,932 orang.