- Iklan -
Berita

Zahid tak akan dicabar,  jawatan tertinggi Umno tak dipertandingkan

Langkah itu dilihat dapat memperkukuhkan kedudukan Zahid sebagai presiden meskipun parti itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perwakilan Umno mendengar ucapan dasar Presiden Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Gambar: Bernama
Perwakilan Umno mendengar ucapan dasar Presiden Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Gambar: Bernama

Perhimpunan Agung Umno sebulat suara meluluskan usul kontroversi untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti pada pemilihan akan datang.

Langkah itu dilihat dapat memperkukuhkan kedudukan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden meskipun parti itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pemilihan Umno dijangka berlangsung selewat-lewatnya 19 Mei depan.

Rata-rata perwakilan yang hadir menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah yang tidak demokratik.

Usul menghalang pertandingan dua jawatan tertinggi itu hadir dua bulan selepas Zahid melanggar ketetapan Umno sebelum ini yang tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan pengerusinya Anwar Ibrahim.

Menurut portal Malaysiakini, Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin mengesahkan usul berkenaan diterima perwakilan.

Katanya undian dijalankan melalui kiraan tangan dan perwakilan yang berdiri sebagai menyatakan sokongan.

"Lulus juga," kata Khaled kepada Malaysiakini.