- Iklan -
Berita

Rafizi tarik balik ‘ugutan’ terhadap ketua SPRM

Beliau berkata apa yang dimaksudkan adalah keutamaan kerajaan yang baru dibentuk adalah ‘melaksanakan semua perkara bebas dan selari undang-undang'.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menarik balik ugutannya yang mengatakan akan "mencari" Azam Baki jika Pakatan Harapan (PH) berkuasa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, menafikan pihaknya untuk mengancam ketua agensi anti rasuah itu. 

"Saya tidak fikir itu apa yang sebenarnya saya katakan," katanya seperti dilaporkan The Malay Mail ketika disoal wartawan pada hari pertama bertugas sebagai menteri hal ehwal ekonomi.

Beliau turut menambah kenyataannya adalah bagi “menyedapkan ucapan politiknya”, mengatakan apa yang dimaksudhkan beliau adalah keutamaan bagi kerajaan baru adalah “melaksanakan semua perkara secara bebas dan selari undang-undang, dan bukan semata-mata bagi Azam Baki atau sesiapa yang lain, bahkan saya sendiri.”

Menjelang hari pengundian 19 November lalu, Rafizi mengutuk apa yang disifatkannya sebagai serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Invoke Solutions, sebuah syarikat berkait PKR yang diterajuinya.

Beliau juga berkata kerajaan PH akan "mencari" Azam jika memenangi PRU15.

"Sabtu kita mengundi, lepas menang pilihan raya kami cari Azam Baki, insya Allah," katanya dalam ceramah kempen PRU15 di Johor Bahru.