- Iklan -
Berita

Kes baru lepasi 2,300 jangkitan, 11 lagi terkorban

24,467 kes aktif direkodkan di mana 92.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang memakai pelitup muka ketika berada di kampus bagi melindungi diri dari Covid-19.
Pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang memakai pelitup muka ketika berada di kampus bagi melindungi diri dari Covid-19.

2,375 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,994,543 kes.

Sebanyak 2,857 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,933,381.

Ketika ini, 24,467 kes aktif direkodkan di mana 22,637 atau 92.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 1,739 (7.1%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 91 kes dan 57 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

11 lagi kes kematian dicatatkan termasuk dua kes kematian ketika tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,695 orang.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.