- Iklan -
Berita

Sidang Parlimen 19 Disember, usul undi percaya kepada PM akan dibentang

Menurut Anwar, usul itu akan menamatkan keabsahan beliau selaku perdana menteri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sesi Parlimen pertama selepas pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri akan diadakan pada 19 November.
Sesi Parlimen pertama selepas pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri akan diadakan pada 19 November.

Persidangan Parlimen ke-15, yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, akan diadakan pada 19 Disember.

Anwar yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini berkata satu usul undi percaya akan dibentangkan pada sidang itu bagi menamatkan soal keabsahan beliau selaku perdana menteri.

 “Usul pertama selain daripada angkat sumpah adalah usul dari kerajaan iaitu undi percaya. Jadi tidak  timbul keresahan kita tentang keabsahan yang ada,” katanya pada sidang media pertamanya sebagai perdana menteri di Sungai Long Golf & Country Club, Kajang dekat sini  hari ini.

Selain Pakatan Harapan (PH), beliau turut mendapat sokongan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas.

“Soal kestabilan tidak sepatutnya berbangkit,” katanya.