- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 2,800 jangkitan, 8 lagi terkorban

26,856 kes aktif direkodkan di mana 24,743 atau 92.1% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih memakai pelitup muka bagi membendung Covid-19 di stesen KL Sentral, di ibu negara.
Orang ramai masih memakai pelitup muka bagi membendung Covid-19 di stesen KL Sentral, di ibu negara.

2,887 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,978,350 kes.

Sebanyak 3,226 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,914,858.

Ketika ini, 26,856 kes aktif direkodkan di mana 24,743 atau 92.1% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 2,016 (7.5%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 97 kes dan 62 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lapan lagi kes kematian dicatatkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,636 orang.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.