- Iklan -
Berita

MCA mahu jadi pembangkang

Wee Ka Siong berkata keputusan itu dibuat selepas MCA atau BN tidak mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan.

Azzman Abdul Jamal
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden MCA Wee Ka Siong bercakap kepada pemberita di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur hari ini.
Presiden MCA Wee Ka Siong bercakap kepada pemberita di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur hari ini.

Presiden MCA, Wee Ka Siong hari ini mengulangi pendirian Barisan Nasional (BN) apabila parti itu bersedia untuk memainkan peranan sebagai pembangkang.

Beliau berkata, keputusan itu selepas MCA atau BN tidak mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan.

"MCA bersedia memainkan peranan sebagai parti pembangkang demi semak dan imbang kerajaan yang akan ditubuhkan kelak,"  katanya pada sidang media di Wisma MCA di Kuala Lumpur.

“Parti MCA menghormati dan menerima hakikat bahawa BN telah ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengikut sistem demokrasi Parlimen.”

Sebelum ini, beberapa pemimpin BN termasuk Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berpandangan supaya BN wajar kekal sebagai pembangkang memandangkan gabungan politik itu tewas PRU15.

Ditanya mengenai kedudukan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) mengenai sokongan yang tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan, Wee berkata itu bukan lagi masalah parti itu.

Katanya, MCA hanya akan meneruskan peranan sebagai pembangkang.

"Asas penubuhan MCA adalah untuk membela nasib rakyat tidak kira sebagai kerajaan mahupun pembangkang dan ini tidak sedikitpun membantutkan peranan MCA," tambahnya.