- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 1,600 jangkitan, 2 lagi terkorban

26,798 kes aktif direkodkan di mana 92.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua orang lelaki memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 ketika berjalan di laluan pejalan kaki bersebelahan Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Dua orang lelaki memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 ketika berjalan di laluan pejalan kaki bersebelahan Masjid Jamek Kuala Lumpur.

1,633 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,967,299 kes.

Sebanyak 1,989 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,903,906.

Ketika ini, 26,798 kes aktif direkodkan di mana 24,847 atau 92.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara 1,857 (6.9%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 94 kes dan 55 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dua lagi kes kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,595 orang.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.