- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 3,300 jangkitan, 8 lagi terkorban

28,165 kes aktif direkodkan di mana 26,130 atau 92.8% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih memakai pelitup muka bagi membendung Covid-19 di stesen KL Sentral, di ibu negara.
Orang ramai masih memakai pelitup muka bagi membendung Covid-19 di stesen KL Sentral, di ibu negara.

3,304 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,956,722 kes.

Sebanyak 3,045 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,891,983.

Ketika ini, 28,165 kes aktif direkodkan di mana 26,130 atau 92.8% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara 1,945 (6.9%)  kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 90 kes dan 49 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lapan lagi kes kematian termasuk tiga kes kematian sebelum tiba di hospital dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,574 orang.