- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 2,800 jangkitan, 12 lagi terkorban

27,914 kes aktif direkodkan di mana 93% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berjalan dalam pusat beli-belah di Kuala Lumpur dengan memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Orang ramai berjalan dalam pusat beli-belah di Kuala Lumpur dengan memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19.

2,852 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,953,418 kes.

Sebanyak 3,710 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,888,938.

Ketika ini, 27,914 kes aktif direkodkan di mana 25,969 atau 93% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara 1,848 (6.5%)  kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 97 kes dan 57 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

12 lagi kes kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,566 orang.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.