- Iklan -
Berita

Pejuang terkejut PRU15 diadakan ketika amaran banjir

Parti diterajui Dr Mahathir Mohamad itu menuduh Umno memperjudikan nyawa rakyat.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri dan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri dan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad.

Pejuang, parti yang dipimpin bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, melahirkan rasa terkejut dengan keputusan kerajaan untuk membubarkan Parlimen walaupun beberapa kali amaran diberikan mengenai musim tengkujuh yang boleh mencetuskan banjir besar.

“Pengumuman ini telah dilakukan setelah mendapat taklimat mengenai risiko dan keadaan banjir yang bakal berlaku.

“Semua peringatan risiko dan banjir besar seolah-olah tidak penting di mata Umno demi kuasa semata-mata.,” kata parti itu dalam satu kenyataan, susulan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Menurut parti itu, Umno sanggup memperjudikan nyawa rakyat demi memuaskan nafsu politik. 

"Jangan lagi memilih parti yang jelas tiada integriti dan gila kuasa. Masa untuk rakyat bangkit dan menghantar mesej yang jelas kepada mereka bahawa negara ini rakyat yang punya dan tolak Umno secara total pada pilihan raya yang akan menjelma,” katanya.

Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional kedua-duanya menolak kempen Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Kedua-dua gabungan itu turut menyatakan bahawa enam negeri diterajui kedua-dua gabungan itu tidak akan mengadakan pilihan raya di peringkat negeri, mengatakan kerajaan negeri masing-masing memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi banjir, di mana tahun lepas, ia puluhan nyawa dan menyebabkan kerugian lebih RM6 bilion.