- Iklan -
Berita

PM hadir mesyuarat 'top five' Umno

Perjumpaan pemimpin utama Umno itu diadakan sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pemimpin utama Umno termasuk Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur hari ini. Gambar: Facebook
Pemimpin utama Umno termasuk Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur hari ini. Gambar: Facebook

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menghadiri perjumpaan lima pemimpin tertinggi Umno di Menara Dato Onn, hari ini.

Perkara itu disahkan menerusi hantaran Facebook rasmi Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin yang memaparkan gambar kelima-lima pemimpin tertinggi parti itu.

“Sedang perbincangan top five Umno,” katanya. 

Selain Ismail Sabri dan Mohamed Khaled, pemimpin "top five" Umno yang hadir ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan Naib Presiden Mahdzir Khalid.

Perjumpaan Top 5 itu dipercayai bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan memaklumkan mesyuarat MT Umno yang dijadualkan 17 September ditangguh dan dijadualkan semula pada hari ini.