- Iklan -
Berita

PAS tidak mahu PRU15 diadakan tahun ini

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata banjir akan menyukarkan pengurusan pilihan raya jika diadakan tahun ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bendera PAS berkibar sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018. Gambar: AFP
Bendera PAS berkibar sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018. Gambar: AFP

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata wakil parti yang berada dalam gabungan kerajaan, akan mengutarakan pendapat supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak dilaksanakan tahun ini.

“Dalam suasana hari ini, tidak perlu lagilah mengadakan PRU15 terutamanya waktu (hampir musim) banjir, kita sudah tahu akan banjir dan ia akan menyukarkan dalam kalangan yang menguruskan pilihan raya itu nanti,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama dan Amanat Menteri di Kuala Lumpur semalam.

Idris berkata PAS tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu sehingga sekitar Mac 2023, apabila penggal DUN tamat.

Semalam, Perdana Menteri smail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata perkara berkaitan PRU15 akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini, selain perkembangan ekonomi negara.