- Iklan -
Berita

Kes harian turun bawah 1,500 jangkitan, 3 lagi terkorban

26,339 kes aktif direkodkan, 95% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih mengenakan pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 walaupun sudah tiada penjarakan fizikal selepas negara beralih ke fasa endemik.
Orang ramai masih mengenakan pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 walaupun sudah tiada penjarakan fizikal selepas negara beralih ke fasa endemik.

1,483 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,805,107 kes.

Sebanyak 2,090 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,742,488.

Ketika ini, 26,339 kes aktif direkodkan, dengan 25,021  atau 95% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, sembilan (0.0%)  kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,241 (4.7%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 68 kes dan 48 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 62.1%, dengan kes Covid-19 merangkumi 18.5%.

Tiga lagi kematian termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital dilaporkan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 36,280 orang.