- Iklan -
Berita

Mahkamah Persekutuan mulakan perbicaraan rayuan akhir kes SRC Najib

Bekas perdana menteri itu dalam usaha membatalkan sabitan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International di dua mahkamah sebelum ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Najib Razak (tengah) melambaikan tangannya ketika tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini. Gambar: AFP
Bekas perdana menteri Najib Razak (tengah) melambaikan tangannya ketika tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini. Gambar: AFP

Mahkamah Persekutuan hari ini memulakan pendengaran rayuan akhir bekas perdana menteri Najib Razak untuk membatalkan sabitan dan hukuman atas kesalahan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mempengerusikan panel lima hakim pada hari pertama rayuan Najib yang bermula pada 9.56 pagi.

Hakim-hakim lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd.

Pendakwa raya V Sithambaram mewakili responden manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik, Liew Teck Huat dan M Rueben mewakili Najib sebagai perayu.

Najib, 69, ditemani dua anak lelaki dan perempuannya iaitu Norashman, Mohd Nizar dan Nooryana Najwa.