- Iklan -
Berita

Pengasas DAP meninggal dunia

Dr Chen Man Hin yang berusia 97 tahun adalah kelahiran China dan merupakan siswazah perubatan universiti Singapura sebelum menyertai politik.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dr Chen Man Hin (kiri) bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan lain-lain.
Dr Chen Man Hin (kiri) bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan lain-lain.

Pengasas DAP Dr Chen Man Him yang memainkan peranan penting ketika awal penubuhan parti itu di Seremban meninggal dunia awal pagi ini.

Chen, dilahirkan di China dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII Medical College di Singapura.

Beliau kemudiannya bekerja sebagai doktor di sana dan kemudian bertugas di Hospital Seremban sehingga 1956 sebelum membuka klinik sendiri.

Chen yang berusia 97 tahun merupakan pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999. 

Mendiang kemudiannya dilantik sebagai penasihat seumur hidup bagi parti itu.

Mendiang juga pernah menjadi ahli Parlimen Seremban Timor dan Seremban dan ahli Dewan Undangan Negeri Rahang.

Dalam sebuah tulisan blognya, Chen berkata amalan perubatannya dalam kalangan komuniti memberi peluang untuknya bertemu orang ramai dan memahami masalah sosial dan politiknya.

“Ia memberikan dorongan untuk saya menyertai arena politik.

“Sejak itu, hidup dan jiwa saya diserahkan untuknya,” katanya.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.