- Iklan -
Dunia

PM bubar Parlimen jika sikap pengundi menyebelahi BN

Ismail berkata kepimpinan tertinggi akan berbincang mengenai pembubaran Parlimen jika kajian oleh Wanita BN menunjukkan gabungan itu mendapat sokongan rakyat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hadir di konvensyen pergerakan Wanita Barisan Nasional semalam di Pusat Dagang Dunia Kuala Lumpur. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hadir di konvensyen pergerakan Wanita Barisan Nasional semalam di Pusat Dagang Dunia Kuala Lumpur. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya laporan mengenai kajian sikap pengundi oleh Wanita Barisan Nasional (BN), memihak kepada gabungan itu.

"Bukan saya tak percaya pada yang lain, tetapi laporan kajian oleh wanita ini memang selalunya tepat, dan jika saya terima laporan lengkap kajian sikap Wanita (BN) yang mengatakan BN akan menang (PRU15) saya akan bubarkan Parlimen," katanya pada sesi Bicara Hati Perdana Menteri pada Konvensyen Wanita BN semalam.

Ismail berkata beliau mempertanggungjawabkan Wanita BN untuk menjalankan kajian sikap itu bukan hanya kepada penyokong BN tetapi juga penyokong gabungan lain dan pengundi atas pagar. 

Langkah ini katanya bagi mengetahui kekuatan BN pada PRU15 dan memastikan gabungan itu menang dan memerintah kerajaan sepenuhnya.

"Sebab itu, saya bagi tanggungjawab pada Wanita komponen juga untuk lakukan kajian sikap ini, bukan hanya Wanita Umno, kerana tujuan kita PRU kira nak menang dan memerintah, jika laporan meyakinkan, saya akan berbincang dengan top five untuk bubarkan Parlimen,” katanya pada sidang media selepas sesi Bicara Hati Perdana Menteri itu.