- Iklan -
Berita

Aiskrim vanila Haagen-Dasz ditarik balik dari pasaran

Syarikat pengimport aiskrim itu menarik balik produk aiskrim terlibat di pasaran secara sukarela.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Aiskrim vanila Haagen-Dasz ditarik balik dari pasaran selepas kebimbangan ia mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide. Gambar: Haagen-Dasz
Aiskrim vanila Haagen-Dasz ditarik balik dari pasaran selepas kebimbangan ia mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide. Gambar: Haagen-Dasz

Produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs dari pasaran Eropah hari ini ditarik balik kerana mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO), kata Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.

Dalam sebuah kenyataan, beliau berkata kementerian maklum mengenai penarikan tersebut daripada pasaran Eropah selepas dikesan mengandungi ETO yang sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.

Ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan. 

Noor Hisham turut memetik notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF) yang menyatakan bahawa terdapat penarikan balik produk aiskrim dari negara Perancis yang mengandungi ekstrak vanila dari negara Madagascar yang dikesan mengandungi ETO melebihi tahap yang dibenarkan. 
 
“Sejak isu tersebut dilaporkan dan notifikasi diterima oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Julai 2022, tindakan yang sewajarnya diambil di mana pihak syarikat yang mengimport telah menarik balik produk aiskrim terlibat di pasaran secara sukarela.” katanya.

“Pemantauan yang berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di negara ini.“

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.