- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 4,400 jangkitan, 8 lagi terkorban

47,534 kes aktif direkodkan dengan 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai melintas jalan di ibu negara Kuala Lumpur masih memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19.
Orang ramai melintas jalan di ibu negara Kuala Lumpur masih memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19.

4,413 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,697,213 kes.

Sebanyak 3,394 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,613,676.

Ketika ini, 47,534 kes aktif direkodkan, dengan 45,928 atau 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 23 (0.0%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,531 (3.2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 52 kes dan 32 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 63.5% dengan kes Covid-19 merangkumi 13.8%.

Sepuluh lagi kematian dilaporkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan sebanyak 36,003 orang.