- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 2,700, 3 lagi terkorban

48,252 kes aktif direkodkan dengan 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih mengenakan pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 walaupun sudah tiada penjarakan fizikal selepas negara beralih ke fasa endemik.
Orang ramai masih mengenakan pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 walaupun sudah tiada penjarakan fizikal selepas negara beralih ke fasa endemik.

2,720 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,651,651 kes.

Sebanyak 4,012 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,567,485.

Ketika ini, 48,252 kes aktif direkodkan, dengan 46,632 atau 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 24 (0.0%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,542 (3.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 54 kes dan 32 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 62.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 13.4%.

Tiga lagi kematian dilaporkan termasuk dua kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,914 orang.