- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 3,200 jangkitan, 2 lagi terkorban

43 kes dimasukkan ke ICU dan 26 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berkelah bersama keluarga di Sungai Congkak, Selangor sempena musim cuti.
Orang ramai berkelah bersama keluarga di Sungai Congkak, Selangor sempena musim cuti.

3,264 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,595,974 kes.

Sebanyak 2,703 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,524,281.

Ketika ini, 35,882 kes aktif direkodkan, dengan 34,659 atau 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 24 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,156 (3.2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 43 kes dan 26 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 10.4%.

Dua lagi kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,811 orang.