- Iklan -
Berita

Lebih 12 juta dewasa terima dos penggalak

Tujuh korban akibat Covid-19 turut dicatatkan semalam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Sinovac kepada warga emas di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Sinovac kepada warga emas di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.

Sebanyak 12,022,117 individu dewasa atau 51.4% daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web CovidNow, sejumlah 22,925,383 individu atau 97.9% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1% atau 23,202,227 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah  2,788,724 individu atau 88.6% daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,867,902 individu atau 91.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam 28,683 dos vaksin telah diberikan, melibatkan 210 dos pertama, 288 sebagai dos kedua dan 28,185 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,601,771 dos.

Sementara itu menurut portal Github kementerian kesihatan, tujuh kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dengan masing-masing dua di Johor dan Selangor, manakala satu kematian direkodkan masing-masing di Pahang, Perak dan Terengganu.