Kes harian jangkau 5,700 jangkitan
Sebanyak 2,882,060 kes Covid-19 dicatatkan dalam negara setakat ini.
5,736 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan kes keseluruhan jangkitan sebanyak 2,882,060.
3,196 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,790,386.
Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 112 kes di mana 89 daripadanya disahkan Covid-19.
Sementara pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 54 kes di mana 41 adalah kes Covid-19.
Dari 5,736 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 46 kes (0.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,690 kes (99.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.