- Iklan -
Berita

Kes harian meningkat lepasi 5,500

Sebanyak 2,876,324 kes Covid-19 direkodkan dalam negara setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang ibu memilih buku kepada anak-anaknya di Kedai Buku Excess, Nusajaya Johor. Kelonggaran di bawah Pelan Pemulihan Negara memberikan kelebihan kepada mereka yang menerima vaksinasi lengkap.
Seorang ibu memilih buku kepada anak-anaknya di Kedai Buku Excess, Nusajaya Johor. Kelonggaran di bawah Pelan Pemulihan Negara memberikan kelebihan kepada mereka yang menerima vaksinasi lengkap.

5,566 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitab dalam negara sebanyak 2,876,324 kes.

3,187 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,787,190.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 113 kes di mana 90 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 59 kes di mana 40 adalah kes Covid-19.

Dari 5,566 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 51 kes (0.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,515 kes (99.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.