Kes harian sekali lagi lepasi 4,700 jangkitan
Sebanyak 2,870,758 kes Covid-19 direkodkan dalam negara setakat ini.
4,774 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,870,758 kes.
3,232 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,784,003.
Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 114 kes di mana 106 daripadanya disahkan Covid-19.
Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 62 kes di mana 50 adalah kes Covid-19.
Dari 4,774 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 36 kes (0.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,738 kes (99.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.