- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras 4,900

Sebanyak 2,865,984 kes Covid-19 direkodkan dalam negara setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang kanak-kanak ditemani ibunya bermain dengan arnab di Pantai Klebang. Suasana kembali meriah selepas kelonggaran pergerakan dibenarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Seorang kanak-kanak ditemani ibunya bermain dengan arnab di Pantai Klebang. Suasana kembali meriah selepas kelonggaran pergerakan dibenarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

4,915 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,865,984 kes.

3,056 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,780,771.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 120 kes di mana 103 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 65 kes di mana 50 adalah kes Covid-19.

Dari 4,915 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 39 kes (0.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,876 kes (99.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.