- Iklan -
Berita

AS sedia bersemuka dengan Iran runding perjanjian nuklear

Pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan kemajuan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) yang sedang berlangsung ketika ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Wakil beberapa negara EU bermesyuarat di Vienna, Austria Disember lalu di mana suruhanjaya bersama rundingan bagi menghidupkan semula perjanjian nuklear bersama Iran dimulakan. Gambar: AFP
Wakil beberapa negara EU bermesyuarat di Vienna, Austria Disember lalu di mana suruhanjaya bersama rundingan bagi menghidupkan semula perjanjian nuklear bersama Iran dimulakan. Gambar: AFP

Amerika Syarikat bersedia untuk mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan Iran bagi memajukan rundingan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) yang sedang berlangsung, kata jurucakap Jabatan Negara kepada Sputnik.

Terdahulu pada hari yang sama, Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian berkata Tehran mungkin mempertimbangkan untuk mengadakan rundingan itu jika ia membantu mencapai kesepakatan yang lebih baik.

“Kami bersedia untuk bertemu secara bersemuka. Kami sudah lama berpendapat bahawa rundingan secara bersemuka dengan Iran akan menjadi lebih produktif dalam membincangkan mengenai JCPOA dan hal-hal lain. Ini turut melibatkan format dua hala dan pelbagai hala,” kata jurucakap Jabatan Negara.

Pertemuan secara bersemuka akan membolehkan komunikasi yang lebih jelas antara AS dan Iran, yang amat diperlukan untuk mencapai persefahaman mengenai pematuhan semula terhadap JCPOA, tambah jurucakap itu.