- Iklan -
Berita

Banjir catat 48 korban setakat ini, 5 masih hilang

Selangor kekal rekod 25 mangsa manakala Pahang seramai 20, dan Kelantan tiga mangsa.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Banjir minggu lalu menjejaskan beberapa negeri di semenanjung, dengan Selangor antara yang paling teruk terjejas.
Banjir minggu lalu menjejaskan beberapa negeri di semenanjung, dengan Selangor antara yang paling teruk terjejas.

Seramai 48 orang menjadi mangsa korban banjir di seluruh negara setakat ini, manakala lima masih hilang, kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala di Pahang seramai 20, dan Kelantan tiga mangsa.

“Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita manakala di Pahang melibatkan 14 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu mangsa di Kelantan melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.