- Iklan -
Berita

PH umum tanding semua kerusi PRN Sarawak

Calon bagi kesemua 82 kerusi DUN Sarawak akan diumumkan kemudian.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pakatan Harapan meletakkan calon di semua kerusi pada PRN Sarawak yang akan diadakan pada 18 Disember depan.
Pakatan Harapan meletakkan calon di semua kerusi pada PRN Sarawak yang akan diadakan pada 18 Disember depan.

Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang ke-12.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata pemilihan calon ditentukan oleh parti komponen dan akan diumumkan kemudian.

“Terpulang kepada parti komponen untuk menentukan calon masing-masing. Kita akan bertanding di semua 82 kerusi DUN,” katanya dalam sidang media hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sarawak ke-12.

SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 6 Dis manakala pengundian awal pada 14 Disember.

- Iklan -

Paling Popular