Kes harian Covid-19 Singapura rekod angka tertinggi sebanyak 3,994 jangkitan
Singapura turut melaporkan tujuh kematian akibat Covid-19.
Terkini
Kementerian kesihatan Singapura melaporkan 3,994 kes baru Covid-19 pada Selasa, tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.
Selain itu, Singapura turut melaporkan tujuh kematian akibat Covid-19.
Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.
Sejak September lalu, Singapura turut memperketatkan langkah kesihatan dengan menghadkan pertemuan sosial kepada dua orang dan mewajibkan bekerja dari rumah.
Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.