Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 10,959 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,209,194 kes.
Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,723 hari ini disusuli Johor yang mencatat 1,226 kes jangkitan.
Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 751, Kedah (660), Kelantan (983), Perak (713), Pulau Pinang (793), Kuala Lumpur (176), Pahang (739), Melaka (346), Negeri Sembilan (110), Terengganu (691) dan Selangor (979).
Putrajaya (18), dan Perlis (51) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.
Sementara Labuan tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.
Dalam pada itu, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 579 kes di mana 378 kes adalah positif Covid-19; 201 kes disyaki dan masih dalam siasatan.
Daripada 10,959 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 205 kes (1.9%) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 10,754 kes (98.1%) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.