- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 jangkau 15,700 jangkitan

Sarawak kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 3,732 hari ini disusuli Johor yang mencatat 1,959 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak berbincang sesuatu semasa program vaksinasi Orang Asli di sekitar daerah Hulu Langat di Sungai Gabai.
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak berbincang sesuatu semasa program vaksinasi Orang Asli di sekitar daerah Hulu Langat di Sungai Gabai.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 15,759 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,127,934 kes.

Sarawak kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 3,732 hari ini disusuli Johor yang mencatat 1,959 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 1,291, Kedah (786), Kelantan (1,338), Perak (1,184), Pulau Pinang (1,417), Kuala Lumpur (359), Pahang (707), Melaka (264), Negeri Sembilan (127), Terengganu (592) dan Selangor (1,934).

Putrajaya (34), Labuan (12) dan Perlis (23) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

MENYUSUL LAGI