- Iklan -
Berita

DAP gesa Warisan, Pejuang tandatangan MoU kerajaan-pembangkang

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mahu rakan pembangkang turut sama berganding untuk mengelakkan negara ini gagal akibat kleptokrasi dan kakistokrasi.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
13 September lalu, MoU persefahaman ditandatangani antara kerajaan dan pembangkang bagi melaksanakan beberapa pembaharuan institusi dan politik dalam negara. Gambar: Bernama

Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini merayu Warisan, Pejuang dan Muda menyokong dan menandatangani MoU persefahaman dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, mengatakan gencatan senjata politik perlu dilaksanakan dalam tempoh 10-18 bulan akan datang.

Lim berkata langkah menandatangani MoU itu adalah demi masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.

“Kami ingin memenuhi Impian Malaysia; untuk negara ini menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk menunaikan hasrat Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman agar Malaysia menjadi ‘sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“MoU CSR yang ditandatangani antara Ismail dan pemimpin PH memberikan peluang bersejarah untuk menetapkan semula hala tuju negara ini ke arah pemulihan ekonomi dan sosial dalam era pasca-Covid-19 selain menyelamatkan Malaysia.”

Lim berkata, Malaysia tidak boleh berakhir sebagai negara gagal ekoran amalan kleptokrasi atau kakistokrasi, mengatakan MoU tersebut tidak bermaksud tiada lagi blok pembangkang di Parlimen.

“DAP dan PH akan terus bersuara dan mengangkat agenda keadilan, kebebasan, kemajuan dan perpaduan seperti biasa yang kami lalukan selama ini,” katanya.

Terdahulu, Warisan bertindak menolak Memorandum Persefahaman untuk Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan dan pembangkang, mendakwa mereka tidak dilibatkan dalam rundingan yang disifatkan sepihak antara kerajaan dan gabungan Pakatan Harapan (PH).

Selain Warisan, Pejuang juga turut menolak MoU tersebut mengatakan PH hanya meminta pihak mereka bersetuju dengan keputusan rundingan sepihak antara kerajaan dan gabungan itu.

“Taklimat dan minta kami setuju dengan keputusan yang anda putuskan daripada beberapa rundingan dengan Umno dan Hamzah Zainuddin bukannya perbincangan,” kata Ketua Penerangan Pejuang Ulya Husamuddin dalam sebuah ciapan Twitter dalam respons beliau terhadap persefahaman yang termeterai Isnin lalu tersebut.

Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini merayu Warisan, Pejuang dan Muda menyokong dan menandatangani MoU persefahaman dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, mengatakan gencatan senjata politik perlu dilaksanakan dalam tempoh 10-18 bulan akan datang.

Lim berkata langkah menandatangani MoU itu adalah demi masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.

“Kami ingin memenuhi Impian Malaysia; untuk negara ini menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk menunaikan hasrat Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman agar Malaysia menjadi ‘sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“MOU CSR yang ditandatangani antara Ismail dan pemimpin PH memberikan peluang bersejarah untuk menetapkan semula hala tuju negara ini ke arah pemulihan ekonomi dan sosial dalam era pasca-Covid-19 selain menyelamatkan Malaysia.”

Lim berkata, Malaysia tidak boleh berakhir sebagai negara gagal ekoran amalan kleptokrasi atau kakistokrasi, mengatakan MoU tersebut tidak bermaksud tiada lagi blok pembangkang di Parlimen.

“DAP dan PH akan terus bersuara dan mengangkat agenda keadilan, kebebasan, kemajuan dan perpaduan seperti biasa yang kami lakukan selama ini,” katanya.