Kadar kebolehjangkitan Covid-19 Malaysia meningkat 1.16
Terengganu mencatat kadar tertinggi dengan 1.33 diikuti Kelantan dengan kadar sebanyak 1.26.
Terkini
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-naught) di Malaysia menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan angka 1.16 semalam berbanding 1.14 sehari sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi laman Facebooknya, berkata Terengganu mencatat kadar tertinggi dengan 1.33 diikuti Kelantan (1.26) serta Sabah dan Pulau Pinang (1.25).
Sembilan lagi negeri lain mencatat kadar di antara 1.04 hingga 1.22 iaitu Sarawak, Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Johor dan Kedah.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.