- Iklan -
Berita

PM setuju Parlimen bersidang sebelum 1 Ogos

Keputusan muktamad akan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet 7 Julai ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Persidangan Parlimen ditangguhkan sejak perintah darurat diisytiharkan sejak Januari lalu.
Persidangan Parlimen ditangguhkan sejak perintah darurat diisytiharkan sejak Januari lalu.

Putrajaya hari ini memutuskan akan memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021 dengan kemutusan muktamad akan dilakukan dalam mesyuarat Kabinet pada 7 Julai ini.

“Kerajaan persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.

“Sehubungan dengan YAB perdana menteri selaku ketua majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021. Perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada 7 Julai 2021.”

Parlimen Malaysia ditangguhkan bermula Januari lalu selepas darurat diisytiharkan susulan peningkatan kes yang mendadak di seluruh negara.

Pada 29 Jun lalu, Agong sekali lagi menggesa Parlimen bersidang bagi membincangkan Proklamasi Darurat bagi membincangkan ordinan-ordinannya selain langkah-langkah bagi membendung Covid-19 dalam negara.

Gesaan itu dibuat selepas Speaker Dewan Rakyat Azhar dan rakan sejawatnya di Dewan Negara, Rais Yatim mengadap Agong pada hari yang sama.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun dan rakan sejawatnya di Dewan Negara Rais Yatim turut berkata mereka komited untuk melaksanakan persidangan Parlimen secepat mungkin seperti yang telah dititahkan Raja Melayu.

Mereka turut berkata perdana menteri juga sudah dimaklumkan berkenaan titah Agong tersebut, dan cadangan mengenai persidangan khas Parlimen juga sudah diberikan.

Kenyataan Agong berkenaan keperluan sidang Parlimen diadakan pertama kali dikeluarkan pada 16 Jun lalu selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara.

Awal hari ini, pemimpin Pakatan Harapan turut menggesa perdana menteri untuk memberikan kenyataan berhubung sidang Parlimen dan mengancam jika ia tidak dikeluarkan selewat-lewatnya 5 Julai ini, mereka akan berhimpun di Parlimen pada 19 Julai.