- Iklan -
Berita

Nazri isytihar kembali sokong Muhyiddin

Langkah itu diumumkan selepas tujuh bulan beliau menarik sokongannya daripada perdana menteri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri hari ini berkata beliau kembali menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas beberapa kali mengkritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Nazri berkata kepada Astro Awani hari ini bahawa beliau mengumumkan sokongannya kepada Muhyiddin.

“Dengan keputusan ini, penarikan sokongan yang saya buat sebelum ini terbatal,” kata Nazri yang kini berada di Eropah kepada saluran televisyen itu menerusi telefon.

Keputusan beliau itu diambil selepas Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan beliau tidak lagi menyokong Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin Yassin ketika kempen Zahid dimulakan untuk berhenti menyokong kerajaan.

Bulan lalu, Nazri memberitahu MalaysiaNow beliau telah ditipu oleh Zahid untuk menarik sokongannya terhadap PN, mendakwa langkah itu didalangi Zahid namun malangnya beliau sendiri gagal menarik sokongannya terhadap PN.

“Dia (Zahid) yang merancang lepas tu dia sendiri tak tarik diri, dia tipu kalau tidak kenapa saya nak tarik diri takde sebab. Saya memang rasa saya ditipu,” katanya.

Beliau kini menjelaskan pendiriannya mengikut keputusan perhimpunan agung parti itu awal tahun ini yang memutuskan kekal bersama kerajaan PN hingga Pilihan Raya Umum ke-15.

“Jadi saya ikut parti punya keputusan saya orang parti jadi saya ikutlah,” katanya.