- Iklan -
Berita

Bekas presiden Filipina, ‘Noynoy’ Aquino meninggal dunia

Aquino yang memerintah dari 2010 hingga 2016, adalah anak lelaki tunggal bekas presiden Corazon Aquino.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas presiden Filipina Benigno Aquino memberikan isyarat 'L' yang bermaksud 'Lawan!' Ketika di sebuah acara memperingati pembunuhan bapanya, Benigno Aquino Jr. Gambar: AP
Bekas presiden Filipina Benigno Aquino memberikan isyarat 'L' yang bermaksud 'Lawan!' Ketika di sebuah acara memperingati pembunuhan bapanya, Benigno Aquino Jr. Gambar: AP

Bekas presiden Filipina Benigno “Noynoy” Aquino, 61, daripada salah satu keluarga politik paling terkenal di Asia, meninggal dunia pada Khamis, kata menteri luar negara dan beberapa pegawai.

Aquino yang memerintah dari 2010 hingga 2016, adalah anak lelaki tunggal bekas presiden Corazon Aquino dan suaminya yang dibunuh, Senator Benigno “Ninoy” Aquino, keduanya dihormati kerana memimpin perjuangan untuk mengembalikan demokrasi.

Aquino dikejarkan ke Pusat Perubatan Capitol di Manila pada pagi Khamis, lapor media tempatan.

Keluarganya dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

Hakim Mahkamah Agung Marvic Leonen, yang merupakan bekas penasihat Aquino, meluahkan kesedihannya dengan pemergian bekas pemimpin itu.

“Saya mengenalinya sebagai seorang yang baik hati, didorong oleh semangatnya untuk berkhidmat kepada rakyat kita, rajin dalam tugasnya, dan mempunyai minat terhadap pengetahuan baharu dan dunia secara umum,” kata Leonen.

Dikenali sebagai “Noynoy”, Aquino digantikan oleh Presiden Rodrigo Duterte, menjalankan agenda anti-rasuah sepanjang tempoh pemerintahannya dan membawa kepada pembaharuan ekonomi utama.