Kes baru Covid-19 hampir cecah 8,000
Selangor catat kes harian tertinggi sebanyak 2,675.
Terkini
Malaysia merekodkan kes baru tertinggi sebanyak 7,857 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 541,224.
Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,675 disusuli Sarawak (772), Kelantan (754) Kuala Lumpur (561) dan Johor (549).
Sementara itu, hanya Perlis (6) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.
Negara juga mencatat sebanyak 4,598 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 469,325.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 69,408.
Dalam pada itu, 771 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 392 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 59 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,491.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.