- Iklan -
Berita

Dr Mahathir cadang PRU15 selepas penggal tamat pada 2023

Dr Mahathir berkata PRN Sabah yang diadakan tahun lalu telah memberi pengajaran besar peningkatan kes mendadak selepas tempoh itu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dr Mahathir berkata untuk menjalankan PRU15 pada tahun ini, pertimbangan serius perlu mengambil kira situasi pandemik Covid-19 yang semakin meningkat dan mengakibatkan penularan jangkitan lebih dahsyat jika sebarang bentuk pilihan raya diadakan.
Dr Mahathir berkata untuk menjalankan PRU15 pada tahun ini, pertimbangan serius perlu mengambil kira situasi pandemik Covid-19 yang semakin meningkat dan mengakibatkan penularan jangkitan lebih dahsyat jika sebarang bentuk pilihan raya diadakan.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak boleh diadakan tahun ini malah perlu ditangguhkan hingga tamat penggal Parlimen pada 2023.

Mahathir berkata untuk menjalankan PRU15 pada tahun ini, pertimbangan serius perlu mengambil kira situasi pandemik Covid-19 yang semakin meningkat dan mengakibatkan penularan jangkitan lebih dahsyat jika sebarang bentuk pilihan raya diadakan.

“Saya fikir kalau nak buat pilihan raya waktu ada Covid-19, kita akan lihat perkembangan (jangkitan). Sebab itu (walaupun) selepas tamat darurat tidak boleh diadakan pilihan raya. Kena tunggu mungkin sampai tarikh 2023.

“Kita tidak boleh main-main dah dengan Covid-19 ini. Ia boleh berjangkit kerana sekarang ini bukan saja ada satu varian, kita ada lima varian sekarang ini. Kalau kita main-main benda ini, dia boleh berkembang,” katanya.

Beliau menambah penangguhan pilihan raya perlu dilakukan dalam tempoh perintah darurat sebelum ia tamat pada 1 Ogos depan.

Menurutnya pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu telah memberi pengajaran besar peningkatan kes mendadak selepas tempoh itu.

“Ini serius. Jangan main-main. Kita sudah buat di Sabah, apa jadi?” Beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan Utusan Malaysia hari ini.