- Iklan -
Berita

Kerajaan pertimbang benar rentas negeri berstatus PKPP

Setakat ini, hanya Sabah sahaja negeri yang masih mengekalkan larangan rentas daerah.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Larangan rentas negeri di seluruh negara masih dikekalkan. Gambar: Bernama
Larangan rentas negeri di seluruh negara masih dikekalkan. Gambar: Bernama

Kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan rentas negeri-negeri yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

“Sekarang ini, rentas daerah sudah dibenarkan di seluruh negeri. Kecuali di Sabah.

“Cuma ada cadangan untuk kerajaan benarkan rentas antara negeri berstatus PKPP,” kata Ismail.

Menurut Ismail, pelbagai isu masih perlu diteliti untuk membenarkan perjalanan rentas antara negeri-negeri yang berstatus PKPP.

“Contohnya Putrajaya PKPP, Melaka PKPP tapi Negeri Sembilan PKPB.

“Macam mana nak rentas Putrajaya ke Melaka. Jadi kita sedang bincang perkara ini.”

Ismail berkata isu-isu yang berbangkit daripada rentas negeri berstatus PKPP itu perlu diperincikan kerana sukar untuk ditentukan dengan jelas dari kawasan mana seseorang individu itu datang.

Malaysia ketika ini menunjukkan trend penurunan dalam catatan angka kes harian jangkitan Covid-19 dengan catatan harian di bawah 2,000 kes berbanding awal tahun ini.