- Iklan -
Berita

TYT perlu masa tentukan KM Sabah, kata Bung Moktar

Persoalan mengenai siapa KM Sabah yang baru masih belum terjawab.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin ditemui pemberita ketika meninggalkan pekarangan Istana Negeri selepas mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada 27 Sept, 2020. Gambar: Bernama.

Yang Dipertua (TYT) Negeri Sabah Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang baru, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin.

“Secepat yang mungkin,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini ketika ditanya bila nama ketua menteri Sabah yang baru akan diumum.

Terdahulu, beliau bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor, Presiden Star Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan Juhar di Istana Negeri di Kota Kinabalu.

Jahid, ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Juhar, hanya menjawab “satu perbincangan yang baik” manakala Hajiji dan Jeffrey enggan mengulas.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam.

GRS mendapat 38 kerusi, kelebihan satu kerusi daripada majoriti mudah 37 kerusi di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 73 kerusi sekarang.