- Iklan -
Berita

Azmin, Zuraida dilantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

Pelantikan MPT diumumkan Muhyiddin yang turut mengumumkan pelantikan ketua dan timbalan Badan Pimpinan Negeri.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi

Bersatu hari ini mengumumkan Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Zuraida Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dilantik oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu semalam.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin berkata selain dua Menteri itu, turut dilantik sebagai Ahli MPT adalah Mohd Redzuan Md Yusof yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

Beliau turut mengesahkan dirinya masih memegang jawatan Setiausaha Agung Parti itu di samping Mohamed Salleh Bajuri turut dikekalkan jawatan sebagai Bendahari.

“Wan Saiful Wan Jan telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Bersatu manakala Dr Abdul Latiff Ahmad, Abdul Rashid Asari dan Dr Muhammad Faiz Na’aman turut dilantik menjadi Ahli MPT Bersatu.

“Mesyuarat MPT juga bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa Pindaan Perlembagaan yang dipengerusikan oleh Mas Ermieyati Samsudin bagi tujuan meneliti dan mengkaji perlembagaan Bersatu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah memberitahu pelantikan Pengerusi Biro turut dilakukan dan Biro Politik dipengerusikan sendiri Perdana Menteri manakala Pengerusi Biro Pengurusan akan diketuai oleh Ahmad Faizal Azumu.

Tambahnya, bagi Pengerusi Biro Pilihanraya dan kajian akan diketuai oleh Ronald Kiandee manakala Mohd Radzi Md Jidin dilantik sebagai Pengerusi Biro Latihan dan Perkaderan.

“Bagi Pengerusi Biro Penambahan Ahli dan Cawangan pula akan dipengerusikan oleh Mohd Rafiq Naizamohideen dan Shabudin Yahaya.

“Manakala Mustapa Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Biro Ekonomi dan yang terakhir Pengerusi Biro Antarabangsa pula akan diketuai oleh Mohamed Azmin Ali,” katanya.

Sementara itu, berikut adalah keputusan Ketua dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) bagi penggal 2019-2022:

Perlis
Ketua: Hamzah Zainudin

Kedah
Ketua: Mohd Suhaimi Abdullah
Timbalan Ketua: Mohd Taufiq Yaacob

Perak
Ketua: Ahmad Faizal Azumu
Timbalan Ketua: Mohader Ahmad Mohd Ayob

Pulau Pinang
Ketua: Shabudin Yahaya
Timbalan Ketua: Zulkefli Bakar

Selangor
Ketua: Abdul Rashid Asari

Wilayah Persekutuan
Ketua: Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya

Negeri Sembilan
Ketua: Eddin Syazlee Shith

Melaka
Ketua: Mohd Rafiq Naizamohideen
Timbalan Ketua: Dr Mohd Yadzil Yaakub

Pahang
Ketua: Ahmad Faizal Azumu
Timbalan Ketua: Mohd Yazid Yunus

Kelantan
Ketua: Kamarudin Md Nor

Terengganu
Ketua: Razali Idris
Timbalan Ketua: Rosol Wahid

Johor
Ketua: Muhyiddin Yassin

Sabah
Ketua: Hajiji Mohd Noor
Timbalan Ketua: Masidi Manjun

Sarawak
Ketua: Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Timbalan Ketua: Johan Mohamad