- Iklan -
Berita

Calon PKR tidak semestinya orang Sabah, kata Anwar

Anwar Ibrahim berkata calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini tidak semestinya berasal dari Negeri Di Bawah Bayu itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden PKR Anwar Ibrahim ketika melancarkan Jentera Pilihanraya PKR Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 5 September 2020. Gambar: Bernama
Presiden PKR Anwar Ibrahim ketika melancarkan Jentera Pilihanraya PKR Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 5 September 2020. Gambar: Bernama

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini tidak semestinya berasal dari Negeri Di Bawah Bayu itu.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata pemilihan calon PKR yang akan mewakili parti berkenaan perlu berdasarkan integriti calon tersebut.

“Kalau pilih orang yang tiada komitmen, sama sahaja.

“Isunya bukan suku kaum mana, isunya bukan dari mana tetapi mampukah kita latih orang yang punya integriti,” katanya ketika berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya PKR Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan isteri kepada Anwar dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Christina Liew.

Anwar berkata beliau secara dasarnya bersetuju memberikan lebih banyak kebebasan untuk PKR Sabah memilih calon.

Katanya calon PKR harus mempunyai komitmen untuk membela nasib rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa atau agama.