- Iklan -
Berita

Indonesia catat kes jangkitan tertinggi Covid-19 dalam 24 jam

3,622 kes jangkitan baru Covid-19 dicatatkan di Indonesia semalam dan ia merupakan angka harian tertinggi dengan 134 lagi kematian. Jumlah kematian itu juga tertinggi direkodkan dalam 24 jam sejak 22 Julai lalu. Setakat ini republik itu melaporkan 184,268 kes jangkitan dengan 7,750 kematian. Wilayah yang mencatatkan kes jangkitan baru tertinggi ialah Jakarta dengan 1,359 kes, […]

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
The overall rate of children contracting Covid-19 in the US is 631 cases per 100,000 children.
The overall rate of children contracting Covid-19 in the US is 631 cases per 100,000 children.

3,622 kes jangkitan baru Covid-19 dicatatkan di Indonesia semalam dan ia merupakan angka harian tertinggi dengan 134 lagi kematian.

Jumlah kematian itu juga tertinggi direkodkan dalam 24 jam sejak 22 Julai lalu.

Setakat ini republik itu melaporkan 184,268 kes jangkitan dengan 7,750 kematian.

Wilayah yang mencatatkan kes jangkitan baru tertinggi ialah Jakarta dengan 1,359 kes, diikuti Jawa Timur (377), Jawa Tengah (242), Jawa Barat (238) dan Bali 174, lapor agensi berita Antara news yang memetik data rasmi negara itu.

Jambi satu-satunya wilayah yang tidak merekodkan kes jangkitan baru pada Khamis.

Penularan wabak terbaru di Indonesia membabitkan sekurang-kurangnya 664 pelajar sekolah berasrama penuh Islam di Jawa Timur.

Kira-kira 6,000 pelajar sekolah Darussalam Blokagung dikuarantin selama 2 minggu, kata seorang pegawai kementerian kesihatan pada Selasa.

Kebanyakan kes jangkitan mempunyai gejala ringan atau tidak bergejala tetapi polis dan tentera menyekat akses ke sekolah.

2,084 pesakit keluar wad pada Khamis, menjadikan jumlah kes sembuh mencecah 132,055.

44,463 kes aktif masih menerima rawatan dan diasingkan, sementara 84,071 kes disyaki sedang dipantau oleh pihak berkuasa.

Lebih 1.3 juta orang menjalani saringan Covid-19 sejak kes pertama dikesan pada Mac.