- Iklan -
RaceToPutrajaya-MNow-191122-20
Galeri

Perlumbaan mendaki takhta Putrajaya

Sekilas suasana Pilihan Raya Umum ke-15 dan hari-hari menjelang pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.

Gambar oleh Djohan Shahrin & Ahmad Sadiq Mohamad Sani

Pengundi beratur untuk membuang undi di pusat pengundian di SJKC Selayang Baru, Selayang, Selangor, pada 19 November.

Seorang wanita memasukkan kertas undi ke dalam peti undi di pusat pengundian SK Klang Gate di Gombak pada 19 November.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membawa peti undi dari kereta ke pusat pengiraan undi di Subang selepas pengundian berakhir pada 19 November.

Pemimpin Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin mengangkat tangan selepas keputusan pilihan raya menunjukkan kemenangan gabungan itu di 73 kerusi, di Glenmarie, Shah Alam.

Di Subang, pemimpin Pakatan Harapan diketuai pengerusinya Anwar Ibrahim meraikan kemenangan mereka di 81 kerusi.

Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur selepas pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan bagi membincangkan pembentukan kerajaan untuk merungkai kebuntuan politik pada 20 November.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dilihat di luar Istana Negara di Kuala Lumpur pada 20 November, ketika sesi mengadap dimulakan antara pemimpin parti politik bagi menentukan ahli Parlimen yang mempunyai majoriti sokongan untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Wartawan berkumpul di luar Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur bagi sidang media Pakatan Harapan selepas pertemuan pemimpin gabungan itu dengan pimpinan Barisan Nasional.

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim membincangkan sesuatu dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli selepas pertemuan mereka dengan pemimpin Barisan Nasional di Hotel Seri Pacific.

Anwar Ibrahim meninggalkan pejabatnya di Bukit Gasing, Petaling Jaya, selepas dipanggil mengadap Agong pada 22 November.

Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin, juga meninggalkan perkarangan rumahnya di Bukit Damansara untuk mengadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Penyokong Pakatan Harapan menunggu di luar Istana Negara ketika Anwar mengadap Sultan Abdullah.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan berkawal sewaktu penyokong Pakatan Harapan berhimpun di luar istana.

Anwar Ibrahim keluar selepas mengadakan sidang media di mana beliau mengumumkan bahawa tiada keputusan dibuat mengenai pelantikan perdana menteri.

Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media di mana beliau menjelaskan keengganannya untuk bergabung dengan Pakatan Harapan selepas istana mencadangkan supaya kerajaan perpaduan dibentuk.

Wartawan berkumpul di pintu masuk Hotel St Regis di Kuala Lumpur di mana ahli Parlimen Barisan Nasional bertemu dengan pemimpin Perikatan Nasional pada 24 November.

Ada juga petugas media yang menunggu di pintu pagar istana ketika Agong bertemu dengan raja-raja Melayu untuk mendapatkan nasihat mereka demi merungkai kebuntuan politik yang berlarutan sehingga lima hari selepas pilihan raya.

Kereta yang membawa Anwar Ibrahim masuk ke perkarangan istana pada 24 November bagi upacara angkat sumpah sebagai perdana menteri.

Anwar Ibrahim melambai ke arah wartawan ketika memasuki perkarangan istana.

Anwar Ibrahim mengadakan sidang media pertamanya sebagai perdana menteri di Sungai Long, Kajang, pada 24 November.

Beliau dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, melambai kepada pemberita di akhir sidang media.