Tuesday, October 19, 2021

Bagaimana untuk kalah perang

Dalam peperangan menentang Covid-19, ahli politik harus tunjukkan semangat patriotik dan lupakan tentang cita-cita politik mereka buat seketika.

Other News

Dalam mana-mana peperangan, pasti ada ratusan, jika bukan ribuan orang memerlukan rawatan perubatan setiap hari akibat kecederaan yang dialami disebabkan serangan musuh.

Kematian turut dilaporkan setiap hari, dengan hospital penuh sesak dan kelengkapan peralatan perubatan dipaksa bekerja sehingga maksimum.

Dalam peperangan, retorik politik tempatan digantikan dengan seruan penyatuan bagi menentang musuh.

Pergolakan politik dihentikan kerana kerajaan yang kuat diperlukan untuk melindungi negara dan penduduknya.

Sama seperti perang yang kita sama-sama terlibat pada ketika ini.

Perbezaannya yang menjadikan perang ini lebih mencabar ialah kerana musuh tidak dapat dilihat, dan senjata yang digunakan untuk melawannya adalah satu-satunya pertahanan kita ada, walaupun ia mungkin memakan diri sendiri.

Jika pandemik Covid-19 adalah satu peperangan, maka tingkah laku sebilangan ahli politik kita sesuatu yang tidak dapat diterima dan tidak patut ketika krisis besar seperti ini berlaku.

Hampir seminggu selepas pengisytiharan darurat diumumkan.

Ia jauh daripada apa yang disangkakan kehidupan berjalan seperti biasa tanpa pembelian panik dan kelibat polis serta tentera di jalan raya.

Ia lebih “normal” daripada pertama kali Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan (tanpa darurat) pada Mac tahun lepas.

Pada ketika itu, semua pasar raya dan pusat beli-belah ditutup, termasuk juga sekolah, kilang-kilang dan perniagaan sama seperti apa yang berlaku di seluruh dunia menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang kehilangan pekerjaan dan mewujudkan kluster baru kemiskinan.

Kerajaan setakat ini seperti memohon kemaafan dalam memberi alasan untuk mengisytiharkan darurat Covid-19.

Biar kita jelas: ia dirancang untuk menyekat ahli politik daripada berebut kuasa dan menghentikan retorik yang boleh mengalihkan perhatian daripada menyelamatkan nyawa dan kehidupan kepada menyelamatkan masa depan politik mereka yang taksub kuasa sejak berdekad lalu.

Peperangan sama seperti Covid-19, dengan angka harian korban dan mereka yang cedera dalam perang konvensional melibatkan peluru berpadu dan bom, memerlukan semua orang mengikut arahan jeneral mereka.

Dalam situasi kita, jeneral yang selama ini kita percaya, dan yang kita setuju mempunyai kesabaran diperlukan untuk meneruskan pejuangan ini adalah Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam keadaan darurat, dia perlu melapor kepada Yang di-Pertuan Agong, sebagai panglima tertinggi.

Kita tidak patut mempersoalkaan tindakan jeneral, atau dalam situasi ini, kuasa panglima tertinggi.

Dalam mana-mana negara yang berperang, sama ada mewakili suara demokrasi seperti di Amerika Syarikat atau kuasa diktator seperti di China dan Korea Selatan, ia sama seperti pengkhianatan.

Di sini, strategi beberapa ahli politik, segelintirnya sudah veteran dan pernah merasai nikmat kuasa memerintah, mengkritik dan menghentam setiap kali ada pengumuman dibuat oleh kerajaan.

Mereka berbicara mengenai mendapatkan bantuan pakar dalam peperangan, satu penghinaan bukan sahaja kepada Noor Hisham malah kepada ribuan petugas barisan hadapan yang berjuang tanpa henti bagi menyelamatkan nyawa.

Perkara sebenar, dalam peperangan ini, sama seperti peperangan lain, kecenderungan politik tidak lagi relevan. Sama ada anda berada di negeri diperintah pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang, atau di Johor dan Pahang, situasinya adalah sama.

Satu-satunya perkara yang kita lihat daripada ahli politik yang sepatutnya boleh menggunakan pengaruh mereka untuk membantu panglima tertinggi hanyalah kacau-bilau dan ramai dalam kalangan mereka.

Ini antara contoh gangguan di mana darurat mampu menghentikannya. Pun begitu, seseorang mungkin perlu mencubit diri sendiri untuk percaya kita sebenarnya berada dalam darurat.

Kita dengar dalam laporan setiap hari, sama ada dalam bentuk kenyataan bersama atau ucapan yang dipetik dari Facebook Live, oleh “pakar” perundangan dan perubatan mempersoalkan sama ada Ordinan Darurat mematuhi Perlembagaan.

Apa alternatifnya? Adakah musuh kita yang tidak nampak itu akan meletak senjata setiap kali kita ke Parlimen? Tuhan melarang sekiranya itu strategi kita jika negara jiran yang kelihatan mengambil keputusan untuk menyerang kira satu hari nanti!

Menggantikan perdana menteri tidak akan menyelesaikan masalah, begitu juga gangguan.

Tidak ada seorangpun yang mempunyai akal waras patut berfikir untuk menduduki jawatan itu dalam keadaan sekarang ini.

Apa yang patut mereka lakukan adalah dengan menyokong dan menunjukkan semangat patriotik dan lupakan tentang cita-cita politik mereka buat seketika.

Bersediakah ahli-ahli politik ini menyahut cabaran ini?

Kita memerlukan lebih banyak sekutu, bukan lebih banyak musuh.

Tanyakan kepada mereka yang sudah memenangi perang, termasuk seorang lelaki Britain yang anti-komunis tetapi bersama-sama Rusia melawan musuh bersama, dan menang.

Kesimpulannya, dia berkata, “Satu-satunya perkara lebih buruk daripada mempunyai sekutu adalah tidak memiliki mereka.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles