Saturday, September 25, 2021

Selamat datang 2021

2021 satu tahun yang mana semua impian yang tertunda sejak 12 bulan lalu dapat dicapai.

Other News

Sebahagian besar dalam tahun 2020, kita merupakan negara yang mementingkan angka.

Kita tidak pernah terlepas untuk mengikuti pengumuman laporan harian angka kes Covid-19: berapa banyak kes baru dan di mana, berapa ramai yang pulih dan mungkin angka yang paling diambil serius adalah berapa jumlah kematian.

Namun di sebalik kebimbangan kita dengan angka-angka berkaitan pandemik, ahli-ahli politik kita juga tidak terlepas dengan agenda angka mereka sendiri.

Dan apabila angka mereka diselesaikan selepas kiraan oleh Yang di Pertuan Agong, kita kembali mengikuti pengumuman angka harian Covid-19 oleh Dr Noor Hisham Abdullah yang boleh dikatakan wajah paling dikenali oleh rakyat Malaysia pada tahun pandemik ini.

Menjelang Oktober, angka-angka mula meningkat, mencapai 600, dan kemudian 1,000 serta seterusnya 2,000.

Semalam, hari terakhir tahun 2020, angka 2,525 memecah rekod kes positif tertinggi harian Covid-19.

Daripada mencapai negara maju seperti yang dibayangkan oleh Dr Mahathir Mohamad dalam Wawasan 2020nya, Malaysia rebah bersama-sama negara lain di seluruh dunia.

Tetapi pandemik bukan satu-satunya sebab yang patut dipersalahkan.

Ahli politik daripada semua pihak, yang diberi kepercayaan untuk melindungi kepentingan rakyat, juga menunjukkan belang mereka yang sebenar.

Namun, itu adalah tahun 2020.

Apa yang tidak mampu membunuh anda menjadikan anda lebih kuat. Bukan satu motivasi tepat untuk menggambarkan pandemik yang setakat ini meragut lebih 1.8 juta penduduk seluruh dunia.

Tetapi umat manusia pernah terselamat daripada bencana paling teruk pada masa lalu.

Ketika kita melangkah masuk ke tahun baru di mana pandemik Covid-19 dan semua perkara melibatkannya – perintah kawalan pergerakan, hilang pendapatan dan lain-lain – sudah pasti tidak akan berlalu begitu sahaja, tetapi kita tetap berharap.

Kita mengharapkan satu tahun pemulihan, sama ada fizikal dan ekonomi. Satu tahun yang mana semua impian yang tertunda sejak 12 bulan lalu dapat dicapai.

Dan bagi Malaysia, tahun di mana rakyat negara ini tidak lagi dipaksa untuk terlibat dalam obsesi sejumlah angka yang langsung tidak memberikan apa-apa faedah selain kepada ahli politik kita.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles