Wednesday, March 3, 2021

Apa yang perlu Anwar lakukan

Angka yang harus menjadi perhatian kita ialah yang diumumkan setiap hari oleh Dr Noor Hisham Abdullah.

Other News

Churchill mosque painting sold by Angelina Jolie smashes record

The painting of a Marrakech mosque at sunset is a piece of both political and Hollywood history.

Over half of Malaysians struggling to meet expenses with current income, survey shows

A similar number say they are dipping into their savings to make ends meet.

1,555 kes baru Covid-19 dikesan hari ini

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,542.

Hospital swasta sedia peroleh vaksin dari sumber lain

Hospital swasta boleh digerakkan untuk melengkapkan usaha kerajaan dalam memastikan majoriti penduduk mendapat vaksin.

New cases inch lower to 1,555

2,528 recoveries, six more deaths.

Mei lalu, ketika Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pertama kali memberikan amaran kepada ahli politik agar tidak mengalihkan perhatian daripada perang melawan pandemik, angka harian kes baru Covid-19 kita baru pada tahap dua angka.

Dua hari lepas, kes tertinggi direkodkan setakat ini: 2,234 lagi orang memerlukan katil di hospital dan kelengkapan perubatan lain yang mahal ketika lebih kurang 11,000 sedang dirawat kerana jangkitan Covid-19.

Semalam angka masih lagi tinggi dengan 1,900 kes baru direkodkan dan sembilan kematian.

Walaupun begitu, sesetengah ahli politik – atau mungkin penyokongnya – kelihatan seperti masih tidak faham.

Apabila media memetik “sumber PKR” mengatakan pemimpin mereka Anwar Ibrahim memohon mengadap Agong sekali lagi untuk membuktikan mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri, tiada seorang pun dari parti itu – sama ada setiausaha agung atau jurucakap rasmi Anwar, tampil untuk menafikan laporan tersebut sebagai mengarut.

Laporan sebegini bukan sahaja memperlihatkan seperti tidak menghormati petugas barisan hadapan dan mangsa Covid-19 – mereka yang mempertaruhkan nyawa dan yang terkorban – ia juga menunjukkan ahli politik kita tidak mempedulikan titah berkali-kali Agong yang menggesa perbezaan dan cita-cita politik diketepikan sehingga krisis ini berakhir.

Jangan pula kita terlupa, Malaysia seperti negara lain di seluruh dunia sedang berperang melawan Covid-19.

Bagaimana kita nak jelaskan situasi di mana lebih 12,000 orang dan akan terus bertambah diasingkan di hospital dan setiap hari kita mendengar ibu bapa, anak, suami atau isteri seseorang tewas kepada musuh yang tidak boleh dilihat ini?

Sejak dua bulan lepas, beratus sudah terkorban.

Angka yang harus menjadi perhatian kita ialah yang diumumkan setiap hari oleh Dr Noor Hisham Abdullah dan bukannya yang dihebohkan sesetengah ahli politik dan penyokong mereka di media.

Agong sudah bertitah berulang kali: hentikan politiking dan berganding bahu bersama rakyat Malaysia yang lain untuk memerangi Covid-19.

Jelas kelihatan titah ini tidak sampai kepada “telinga yang pekak”.

Di bawah sistem raja berperlembagaan, tidak banyak yang boleh dilakukan istana apabila seorang lelaki masih taksub dengan cita-citanya sejak zaman kampus.

Sudah sampai masanya Anwar tampil menafikan spekulasi di media beliau mahu memohon mengadap Agong atau sudah mendapat sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

Bukanlah rakyat kini berada dalam keadaan kekeliruan. Rakyat Malaysia kini sudah menjadi semakin matang, terutamanya selepas sidang media 23 September dan ketika Anwar mengadap Agong pada 13 Oktober.

Akan tetapi kegagalan Anwar membuat penafian akan menunjukkan kepada umum siapa presiden PKR itu ketika Malaysia memerangi Covid-19.

Walaupun ia tidak akan mampu menghakis imej Anwar seperti budak dalam kisah pengembala kambing dan serigala.

Abdar Rahman Koya adalah pengarang MalaysiaNow.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

1,555 kes baru Covid-19 dikesan hari ini

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,542.

Hospital swasta sedia peroleh vaksin dari sumber lain

Hospital swasta boleh digerakkan untuk melengkapkan usaha kerajaan dalam memastikan majoriti penduduk mendapat vaksin.

MMA gesa kerajaan senaraikan sektor kesihatan swasta untuk vaksinasi fasa 1

Mereka adalah golongan pertama yang terdedah dengan pesakit Covid-19.

PKPB di Selangor, KL, Johor dan Pulau Pinang

Perjalanan rentas daerah kini dibenarkan, namun rentas negeri masih dilarang.

Rise of ‘underdog’ Muhyiddin puts to rest debate on ‘Mahathir or Anwar’, says analyst

With the opposition in disarray, the prime minister's brand may just work in the next polls.