- Iklan -
Berita

Umat Islam Malaysia sambut Aidiladha pada 10 Julai

Sementara 1 Zulhijjah jatuh pada 1 Julai, 2022.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Persiapan menyambut Aidiladha.
Persiapan menyambut Aidiladha.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai, 2022 kata Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1443 Hijriah ialah pada 1 Julai, 2022 Masehi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 10 Julai 2022 Masehi,” kata Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan malam ini.